Domain adalah alamat untuk laman web anda. Fikir dahulu masak-masak nama apakah yang anda letak sebagai domain anda, kerana alamat inilah yang orang ramai akan taip di web browser untuk pergi ke laman web anda. Oleh itu, ia haruslah ringkas dan mudah diingati.
Apa itu hosting?
Hosting pula berfungsi untuk menyimpan segala data-data mengenai laman web anda. Ia akan menyimpan fail, teks, gambar, dan segala kandungan dalam laman web anda supaya boleh dilawati oleh orang ramai.
Bagaimana nak mendapatkan domain dan hosting?
Banyak syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan domain dan hosting.
Antaranya ialah (saranan saya)
Anda hanya perlu pergi ke laman web tersebut dan pilih salah satu dari mana-mana pakej yang ditawarkan.
Saya dah ada domain dan hosting. Apa seterusnya?
Ok, sekarang anda dah sedia untuk lancarkan laman web anda agar boleh dilawati oleh seluruh dunia. Jika anda ingin membuat laman web dengan cara mudah, anda boleh menggunakan CMS seperti Joomla!, Zen Cart, Drupal, dan sebagainya. Jika anda ingin membuat blog, Wordpress adalah pilihan yang terbaik. Sekiranya segala kandungan laman web anda sudah siap, letakkan ia kepada hosting anda menggunakan perisian FTP, ataupun melalui cPanel.
Apa itu website?
Website pula adalah isi kandungan atau muka surat yang mengandungi sama ada berita, video atau maklumat mengenai perniagaan, perkhidmatan dan tawaran anda. Untuk membina laman web anda memerlukan domain dan hosting, kedua2nya perkara wajib jika tidak website anda tak akan wujud.